Beza Antara Saham, Komoditi, Crypto Dan Forex

Saham, komoditi, crypto dan forex merupakan antara jenis pelaburan yang sering kita dengar pada masa kini. Tetapi sedarkah kita masih ramai yang tidak mengetahui apa sebenarnya pelaburan ini dan bagaimana mendapat keuntungan darinya.

Rata-rata antara kita masih beranggapan bahawa kesemua produk pelaburan ini merupakan satu bentuk pelaburan yang tinggi risikonya dan memilih untuk menjauhkan diri daripadanya sedangkan ribuan ringgit dapat dijana melalui produk pelaburan diatas walaupon ketika kita sedang tidur.
Selain itu disebabkan sikap segelintir yang manusia yang malas untuk bertanya menyebabkan mereka lebih rela menganggap produk pelaburan ini menipu dari mengambil masa untuk cuba memahaminya.
Bagi membantu anda semua memahami lebih lanjut mengenai kesemua produk pelaburan di atas, pihak kami telah membuat jadual perbandingan supaya anda dapat memahaminya dengan lebih lanjut. Perbandingan ini terbahagi kepada 4 pekara seperti berikut:
INSTRUMEN SAHAM KOMODITI CRYPTO FOREX
MAKSUD Pelaburan yang meliputi syarikat-syarikat yang dilistkan di Bursa Malaysia. Pelaburan yang meliputi barang keperluan asas seperti minyak,gula,kopi dan lain-lain. Pelaburan yang melibatkan matawang digital yang mana ia disimpan di dalam bentuk digital Pelaburan yang melibatkan pertukaran matawang antara negara-negara di dalam dunia.
RISIKO RENDAH SEDERHANA TINGGI TINGGI
MODAL Bermula serendah RM3000 Bermula serendah RM5000 Bermula serendah RM200 Bermula serendah RM200
PEMBUKAAN AKAUN TRADING Di semua broker saham tempat yang mana seperti rhb investment dan maybank investment dan macam-macam lagi Di semua broker saham tempat yang mana seperti rhb investment dan maybank investment dan macam-macam lagi Hanya broker oversea ataupon forex broker seperti FXPRO atau IRONFX Hanya broker oversea ataupun forex broker seperti FXPRO atau IRONFX
Setakat ini dahulu penerangan saya mengenai beza antara saham, komoditi, crypto dan forex. Insya allah akan terangkan lebih lanjut nanti.
Scroll to Top