
Masih ramai antara kita hanya mengenali ASB dan juga TABUNG HAJI sebagai satu produk pelaburan tetapi adakah pernah kita terlintas dari manakah datangnya duit dividen yang kita dapat setiap tahun itu?
Jawapannya daripada duit simpanan kita yang digunakan untuk melabur secara langsung ataupon tidak langsung ke dalam pasaran saham ataupon di dalam pelaburan-pelaburan lain seperti fixed deposit,bond dan sebagainya.
Jawapannya daripada duit simpanan kita yang digunakan untuk melabur secara langsung ataupon tidak langsung ke dalam pasaran saham ataupon di dalam pelaburan-pelaburan lain seperti fixed deposit,bond dan sebagainya.
SAHAM
Saham secara kasarnya merupakan salah satu bentuk pelaburan yang mana pelabur akan membeli saham-saham yang tersenarai di BURSA MALAYSIA. Saham-saham ini merupakan syarikat-syarikat yang mana beroperasi di MALAYSIA. Selalunya mereka mengapungkan syarikat mereka di dalam pasaran saham adalah disebabkan 2 pekara iaitu:
- Untuk mendapat pengiktirafan dunia dengan menjadi salah sebuah syarikat yang tersenarai di BURSA MALAYSIA
- Untuk mendapat modal sampingan untuk meneruskan operasi syarikat ataupon untuk kerana syarikat memerlukan dana untuk meneruskan sesuatu projek.
Saham secara asasnya kita menguruskan dana terbabit secara sendiri. Ini bermaksud kita yang bertanggungjawab atas jatuh naiknya nilai pelaburan bagi dana terbabit. Selain itu kita juga turut bertanggungjawab dalam mencari dan membeli saham yang berpotensi yang mana mampu memberi pulangan kepada dana kita.Dari segi kos, adalah sangat rendah disebabkan kita dapat mengurangkan kos operasi. Kos operasi ini selalunya disebabkan oleh kos pengurusan dana.
Dari segi keuntungan pula selalunya pelaburan saham dapat memberi pulangan minimum sebanyak 20% dari jumlah capital yang dilaburkan manakala maximum pula sebanyak 50% setahun.
Dari segi keuntungan pula selalunya pelaburan saham dapat memberi pulangan minimum sebanyak 20% dari jumlah capital yang dilaburkan manakala maximum pula sebanyak 50% setahun.
ASB dan TABUNG HAJI
Berlainan pula dengan ASB DAN TABUNG HAJI yang mana ia merupakan dana-dana pelaburan yang mana telah dikelola dibawah KERAJAAN MALAYSIA. Dana-dana ini kebanyakannya akan dikawal-selia oleh sekumpulan pengurus dana yang mana telah dilantik untuk pihak ASB atau TABUNG HAJI.
Asas dividen atau agihan pendapat kepada dana-dana terbabit datangnya daripada keuntungan pelaburan yang mereka labur di dalam pasaran saham dan juga pasaran kewangan lain seperti bond dan juga simpan tetapan. Walaupon hakikatnya keuntungan saham boleh mencecah minimum sebanyak 20% tetapi hanya sebahagian atau dalam bahasa mudah hanya 8% ke 10% diumumkan diberikan balik kepada pelabur di dalam bentuk dividen atau agihan pendapatan.
Ini kerana kebanyakkan keuntungan terbabit telah ditolak untuk kos operasi pengurusan dana dan juga disimpan sebagai reserved atau simpanan bagi masa hadapan.
Persoalannya jika anda diberi plihan adakah ada akan melabur di dalam PASARAN SAHAM atau anda masih lagi berminat untuk memilih dan menyimpan di ASB dan TABUNG HAJI?hanya anda boleh menjawab persoalan ini.