Saham Mana Untungnya Dan Mana Ruginya

Sepanjang 8 tahun saya mengenal dunia saham ini berbagai ragam dan cara sudah saya jumpa.
Ada yang datang kepada saya dan berkata “Sangat senang membuat profit dengan saham. Saya tengok kawan saya tu masa rehat kerja je dia dah buat duit. Sebab tu saya datang buka acc cds juga sbb nk jadi macam dia”.
Ada juga yang datang dan bila ditanya kenapa buka acc cds dan jawapannya “Owh saya datang buka sebab kawan saya suruh. Dia cakap main saham boleh jadi kaya. Jadi saya datang buka”.
Selain istilah senang buat duit dan juga kawan suruh, sering kali juga saya menerima jawapan bahawa “Saya datang nak buka acc saham ni sbb saya nak jadi fulltime trader. Nak buat income bulan-bulan kalau boleh dari trading saham. Ini kerana saya dah tak tahan dengan kerja”.
Wahai saudara dan saudari semua ni pesanan saya kepada semua. Anggaplah pesanan ini disampaikan oleh seorang yang lambat pemahamannya mengenai saham.Seoarng yang mengambil masa selama 8 tahun untuk memahami industri ini.Jika reason anda buka acc saham seperti 3 atas maka nasihat saya pekara pertama anda perlu buat adalah lupakan semua niat di atas.
Ini kerana hampir 70% dari pelabur yang mempunyai niat diatas akan mengalami kegagalan. Kenapa saya berkata begitu kerana ini disebabkan dengan niat diatas saya berani cakap anda akan tiada masalah untuk burnkan duit capital anda. Ini kerana anda menpunyai sikap acuh tak acuh dalam mengandakan duit anda.
Kenapa begitu kerana dengan istilah senang buat duit maka anda tidak akan kisah utk cut loss dan cari konter baru yang mana selepas cut loss anda tgk konter tu jalan naik. dengan istilah kawan suruh maka anda akan membuta tuli membeli saham dan ikut bagai lembu dicucuk hidung apabila orang suruh beli kita beli dan suruh jual kita jual dan suruh cut loss kita cut loss. Selain itu istilah fulltime trader dengan income bulanan tidak mungkin dapat berjaya disebabkan faktor tekanan dihadapi untuk menghasilkan pendapatan.
Maka sebab apa paling sesuai?Pandangan peribadi saya simple je. If ada pelabur yang datang kepad saya dan cakap ” Owh saya datang buka acc saham ni sebab sy dengar pulangan dia lagi lebih dari ASB dan Unit trust. Dapat dalam 20% setahun pon jadi ler Yerla bak kata org High Risk High Return”. Maka percayalah orang ini merupakan ciri-ciri DNA pelabur saham berjaya bahkan this person always make more than 50% return in 1 year.
Scroll to Top